Home Penubuhan P.A.I.P.S Sejarah Penubuhan

Sejarah Penubuhan

Idea untuk menubuhkan persatuan ini datang apabila beberapa bekas pelajar bercadang menganjurkan reunion pada tahun 2007. Inisiatif ini disambut baik dan mendapat sokongan padu daripada pihak pengurusan Institut Pertanian Sabah dan juga Jabatan Pertanian Sabah. Maka dengan itu, Persatuan Alumni Institut Pertanian Sabah telah ditubuhkan pada 15hb Disember 2007 sempena majlis 'Reunion 2007' Bekas Pelajar dan Pensyarah Institut Pertanian Sabah yang telah berlangsung selama dua hari iaitu dari 15hb Disember hingga 16hb Disember 2007 di kampus Institut Pertanian Sabah.

Majlis ini telah dihadiri oleh lebih daripada 130 orang bekas pelajar, bekas pengetua, bekas pensyarah dan juga kakitangan Institut Pertanian Sabah. Majlis ini berbangga kerana turut dihadiri oleh YB Datuk Japlin Ukin, Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah yang mewakili Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah YB Datuk Abdul Rahim Ismail, Encik MC Ismail Salam selaku Pengarah Jabatan Pertanian Sabah dan juga Encik Hanafia Arsad Timbalan Pengarah Jabatan Pertanian Sabah.

 

Theoriteamofpaips

Sebahagian daripada perintis Penubuhan Persatuan Alumni Institut Pertanian Sabah

Berdiri (Kiri Ke Kanan) : Sofian Syah Mohd Said(84/87), Ahmad Petri Karabain(93/96), Baharuddin Lasupu(89/92), Salimun Kindoyop(72/75), Lozen Bingku(73/76), Azlan Pg. Bagul (87/90), Batau Agon(87/90), Josli Kulambang(82/85) & Asram Rasmun(01/03)

Duduk (Kiri Ke Kanan) : Downa Dusip(80/83), Lucia Tinbangan(85/88), Doris Faustin(87/90), Noorazimie Maidin(91/94), Leong Wui Kian(86/89), Maidah Baridang(87/90), Sitti Asmah Zaldy(02/04), Puan Adriana Simon(Pensyarah IPS) & Puan Daisy Francis Kim Sang(Pensyarah IPS)

 

 

IMG_5368_edited

Sebahagian daripada AJK Persatuan Sesi 2007-2010 yang hadir semasa gotong royong menyiapkan pejabat perhubungan Persatuan di Kampus Institut Pertanian Sabah.

Kiri ke kanan : Josli Kulambang(82/85) AJK Tetap, Iennis@ Agnes Sibangan(80/83) Wakil Zon Pantai Barat Selatan, Mohd Airul Lim(79/82) Wakil Zon Lahad Datu, Leong Wui Kian(86/89) Pengerusi, Zawiyah Ahmad(06/08) Penolong Bendahari, Saharuddin Paidi(80/83) Wakil Zon Tawau, Sofiah Syah Mohd Said(84/87) Timbalan Pengerusi 1, Maidah Baridang(87/90) Setiausaha.

 

 

Last Updated (Wednesday, 16 February 2011 23:07)

 
Siapa Online
We have 1 guest online
ShareThis!
Random Image
No images
Secured by Siteground Web Hosting